Titisan Senja Episod 6 ..
19 December 2011

Kebesokkannya , 2 jam sebelum Keiko pulang dari sekolah ..

Oushita : Perlawanan yang lepas ? 14 haribulan tu ? Kouhei buat silap 5 minit sebelum masa tamat . Ia menyebabkan pasukan kita kalah ...

Semasa Keiko pulang ..

Keiko P.O.V
Hari itu air matanya jatuh berguguran . Kekecewaan mengiringi tangisan . Dan ia jelas tertunjuk dihadapan mataku ..

Keiko : (bermonolog sendirian) Bodoh .. bodohnya aku . Aku langsung tidak sedar , langsung tidak tahu , langsung tidak cuba memahami ..

Keiko P.O.V
... makna di sebalik titisan air mata dan rahsia di sebalikdi sebalik tawa riangnya ..

Kebesokkannya ...

Oushita : Keiko , betulkah apa aku dengar ni ? Kau nak letak jawatan ? Kenapa ?
Keiko : Aku .. minta maaf . Aku tahu aku tak patut buat macam ni tiba-tiba . Tapi aku rasa aku tak sesuailah buat kerja tu . Aku bukan membantu , tapi menyusahkan kau dan pasukan je . Maaf ya ..

Keiko P.O.V
Apa yang berlaku kini hampir sama dengan apa yang aku lalui sebelum ni . Bezanya sekarang pandangan aku lebih kabur , lebih kelabu .

Di bilik persalinan lelaki ..

Endo : Pembantu kelab kita yang baru tu dah letak jawatanlah .
Okita : Betul ke ?
Kouhei : *terdengar perbualan mereka*
Okita : Kerja memang banyak . Dia tak tahan agaknya .
Endo : Mungkin juga ..Tapi dia rajin .
Okita : Eh Kouhei , baik kau pergi hospital periksa kaki .
Kouhei : Hmm ..

Di hospital ..

Doktor : *lepas periksa kaki Kouhei* Kaki sakit awak berlatih jugak . Makin teruklah jadinya . Buat masa ni , elakkan dari aktiviti atau latihan yang lasak . Kalau tidak , bengkak ini akan jadi lebih teruk . Tak boleh jalan awak nanti ! Berehat pun penting juga , untuk pulihkan tenaga . Ini *pegang satu kertas* awak bagi dekat nurse yang kat farmasi tu ,nanti dia bagi awak ubat .
Kouhei : Baik doktor . Terima kasih . *keluar dari bilik dia diperiksa*

Kebesokkannya sewaktu pemain bola sepak berlatih ..

Keiko : *melihat Kouhei berada di luar padang dari tingkap kelasnya* (bermonolog sendirian) Dia .. dia tak berlatih dengan diorang..
Kouhei : *Kouhei melihat ke tingkap tersebut tetapi Keiko bersembunyi*

Keiko P.O.V
Aku amat ingin berjumpa dengannya tetapi aku tiada keberanian ..

Kebesokkannya di kelas ..

Hyuna : Keiko , kami nak pergi makan Monja . Kau nak ikut tak ?
Keiko : Mestilah ! Aku nak makan Baby Star Monja .
Hyuna : Suka hati kaulah .
Rie : Ada perlawanan bola sepaklah .. nampak macam pemain simpanan lawan pemain tetap . Mari tengok !
Keiko : *berjalan ke padang permainan bola sepak dan terlihat Kouhei turut bermain*

Keiko P.O.V
Ah , dia turut bermain . Kaki dia dah baik agaknya . Baguslah .. Aku rasa sangat lega , rasa amat gembira .

Kouhei : *terpandang Keiko*
Kapten : Hei ! Lagi dua minit kita mara ke atas .
Kouhei : Baik !
Penyokong 1 : Go ! Go ! Berusaha !
Penyokong 2 : Teruskan ! Cuba tendang !!!

Zappp .. *Kouhei menjaringkan gol*

Semua penyokong : Yesss !!
Keiko : (bermonolog sendirian) Ahh ! Dia berjaya jaringkan gol .. *menutup mulut dengan tangan*

Keiko P.O.V
Ya Tuhan . Aku rasa aku telah jatuh hati padanya . Air matanya .. suara nakalnya .. senyum tawanya .. Dia seperti titisan senja yang memukau pandangan manusia .

Kapten : Bagus Kouhei !!!
Kouhei : Keiko !! *berlari ke arah Keiko*
Oushita : *terdengar Kouhei memanggil nama Keiko* (bermonolog sendirian) Ehh ? Keiko ? Dia datang ke ?
Kouhei : *sampai di tempat Keiko berdiri* Kenapa kau menangis ?
Keiko : Sebab .. kau berjaya jaringkan gol .
Kouhei : Kau terharu ya ? Ha ha ! Gol tadi tu nasib baik je ! Memang dah tuah aku . Bola tu datang bergolek kat kaki .. aku tinggal nak tendang masuk je . Ini bukan perlawanan sebenar pun , janganlah nangis .
Keiko : Tapi ..
Kouhei : Keiko .. aku bersemangat main hari ni *usap kepala Keiko* sebab kau ada di sisi ..
Keiko : *teruskan menangis*
Kouhei : Masih nangis Ish ! Kau buat aku rasa macam nak nangis jugak ! Haha !

Keiko P.O.V
Senja nan merah betapa indahnya ia . Sesungguhnya aku mengharapkan agar air mata yang menitis kelmarin , peluh yang mengalir hari ini , perasaan yang lahir dari hati serta detik-detik yang kami kongsi akan berlabuh bersama titisan senja ini .. lalu bertukar menjadi cahaya mentari yang sentiasa menyinari dunia ini ...

Endo : Eh ! Kenapa ni ? Apa yang telah berlaku ?
Rie : Ish .. Apa hal ni ?
Oushita : Hei Kouhei ! Apa yang kau dah buat pada Keiko sampai dia menangis , hah ?
Kouhei : Aku ?! Korang dah silap ! Keiko yang buat aku menangislah ! Hehe ! Keiko , kau kena ambil balik surat perletakan jawatan kau . Kau kena jadi pembantu kelab semula !

Keiko P.O.V
Ya .. awanku tidak kelabu lagi ..



The end ...

Labels: