Kau orang masuk kelab , permainan, uniform apa nanti ?
19 December 2011

Assalamualaikum . Update blog ni sambil dengar lagu B1A4-Beautiful Target :3 *tak penting pun* Pernah tak korang terkejar-kejar atau tergesa-gesa ? Kalauu korang uruskan masa dengan baik , mestilah semuanya lancar je kan . So untuk aku tak terkejar-kejar atau tergesa-gesa pada hari Mesyuarat Agong untuk kelab , permainan dan uniform aku tengah fikirkan kelab atau permainan apa yang aku nak masuk . Kalau uniform tu , senang cerita aku masuk Kadet Polis je sebab dah ada baju dia . Siang malam aku fikir pasal benda alah ni *chewahh !*

Permainan , aku rasa aku masuk Badminton , Bola Tampar atau Bola Sepak Jaring . Badminton sebab aku suka main . Bola Tampar aku nak cuba benda baruuuuu . Hihihi . Bola Jaring pulak sebab aku dah ada pengalaman main waktu sekolah rendah . Kelab pulak aku rasa nak masuk Kelab Sains & Matematik , Bahasa Melayu , Sejarah & Geografi or Kelab Keselamatan Jalan Raya . Rumah sukan ? Confirmlah Tok Ketua Janggut .

Jadi , peringatan kepada korang yang masih bersekolah lagi fikirkanlah kelab , permainan dan uniform yang korang nak masuk supaya anda tak terkejar-kejar kelab tu la , permainan ni lah , eh mana satu nih ! Hahaha . Espescially budak-budak Form 1 yang baru nak masuk sekolah menengah .