Titisan Senja Episod 5 ..
17 December 2011

Keiko : Maafkan aku !!! Err .. Kau tak apa-apa ?
Kouhei : Nasib baik tak mati .. Huk huk ! Apalah kau ni . Kelam kabutnya ! Kau kata pandai bawa penumpang ?! Tak pandai pun nampaknya ! Habis terlungkup semua . Ha ha ! *gelak*
Keiko : *tengok Kouhei beberapa saat* Hehehehe ! Maaf ya !
Kouhei : Ni yang sekotak besar ni apa ? Gemuknya *sambil pegang satu kotak* Gula-gula bebola ?! Habis jatuh semua ! *goncang kotak*

Ketang ! Ketang !

Keiko : Aku suka gula-gula tu .
Kouhei : Macam budak sekolah rendah la kau ni . Ni hah ! Melekat kat lengan baju kau . Hahaha ! *sambil ambil gula-gula terlekat di tangan Keiko lalu makan* Emm .. Manisnya . Hahaha !

Keiko P.OV
Senja nan merah bagai memainkan semula perjalanan hari itu . Namun kali ini kau tertawa . Hanya itu cukup untuk membuatkan segalanya terasa seperti baru bermula walaupun hari telah menghampiri penghujungnya .

Kebesokkannya pada waktu petang ..

Oushita : Hari ni ada perlawanan merah putih . Kita kena keluarkan score board .
Keiko : Perlawanan merah putih tu apa ?
Oushita : Perlawanan pemilihan pemain baru untuk pasukan . Kita perlu pilih ahli untuk pasukan utama tahun ini . Perlawanan yang lepas kita kalah . Jadi , pemilihan kali ni lebih ketat syaratnya .
Keiko : Hmm ..
Oushita : Main sungguh-sungguh semua ! *jerit kepada pemain bola sepak*
Keiko : (bermonolog sendirian) Ah ! Itu dia ! *sambil melihat ke arah Kouhei*

Keiko P.O.V
Sebagai seorang pembantu kelab mungkin aku tak patut menyebelahi sesiapa . Tapi aku amat berharap agar Kouhei terpilih .

Keiko : Ah ! Kasarnya mereka main .
Oushita : Main bola memang macam ni . Kau tak pernah tengok kat TV ?
Keiko : Tapi di TV lain .. Di sini boleh dengar bunyi semua . Takutnya ..

Bokk .. *Kouhei terkena tendangan seorang pemain*

Keiko : Kouhei !!!
Kouhei : *menunjukkan isyarat tangan 'tak apa' *
Oushita : Dia tak apa-apalah .

Keiko P.O.V
Dia berjalan terdengkot-dengkot . Kakinya .....

Jurulatih : Kouhei ! Cepat kejar bola ! Lajulah sikit kau ni .
Keiko : Maaf ! *berlari ke arah jurulatih* Jurulatih ! Kaki Kouhei cedera , bengkak .. Mungkin dia rasa sakit bila lari !
Jurulatih : Kouhei ! Sini kejap . Kaki kamu sakit ke ? Tercedera ? Sejak bila ?
Kouhei : Minggu lepas .. Tapi tak teruk . Boleh main lagi .
Jurulatih : Kamu keluar . Untuk perlawanan akan datang ni , saya akan suruh Kawada atau Nishi masuk padang . Kamu pergi bilik rawatan sekarang .
Keiko : Kouhei .. Maafkan aku .. Aku ..
Kouhei : Tak apa . Memang aku tak patut main pun .. *senyum* Terima kasih sebab bagitahu jurulatih . Aku patut ambil kesempatan ni untuk cuti , berehat dulu .
Keiko : Aku temankan kau ke bilik rawatan ya ?
Kouhei : Tak payahlah ! Aku boleh pergi sendiri . Kau pergi siapkan kerja kau .
Oushita : Keiko , aku nak ajar kau cara tulis markah ni . Tengok sini . Sini tulis masa . Kat sini nombor . Tulis kat sini kalau ada foul .
Keiko : Err .. aku nak pergi tengok Kouhei sekejap . *lari tinggalkan Oushita*
Oushita : Eh ! Keiko ! (bermonolog sendirian) Sah dia dah sangkutkat Kouhei . Aku dah cakap dia tu playboy .. degil !

Semasa Keiko berjalan ..

Keiko : Hmm , aku .. Aku kena pergi jumpa dia . Aku tak sanggup biarkan dia seorang ... *sampai di belakang bangunan , Keiko ternampak Kouhei menangis* Kouhei , maaf ..
Kouhei : Kenapa kau datang sini ? Pergi ! Tinggalkan aku !
Keiko : Aku ..
Kouhei : Kenapa ? Kenapa kau beritahu jurulatih ? Aku .. aku buat kesilapan masa perlawanan lepas . Kalau aku tak buat betul-betul kali ni , aku tak ada peluang untuk terpilih jadi pemain tetap .
Keiko : Maaf .. aku ...
Kouhei : Sudahlah ! Tolong ... pergi dari sini .

to be continue ...

Labels: