Ipoh mali
6 February 2012

Assalamualaikum! Peace, yo. Today's Monday and Key masih lagi dalam mood bercuti. Harhar, sekolah Key cuti 2 hari oo ;A; Isnin dan Selasa. Siapa yang tak cuti, padan muka ka..si...han korang. Wae cuti ek? Siapa yang Muslim tak tahu sebab apa Key cuti, puh-lease get out from here! Kepada non-Muslim, kitorang yang Muslim cuti sebab hari kelahiran Rasulullah SAW #tak mau cakap banyak.

Dah cuti ni, sepupu Key ada yang bertunang semalam jadi semalam Key, abang Key dan ibu Key pergi ler Ipoh tengok dia bertunang. Sebenarnya tak tengok pun, Key duduk dekat luar. Panas gilaah! Majlis tu habis awal jadi kitorang balik hari. Mula-mula perjalanan pergi Ipoh Key tak tidur pun dalam kereta. Balik tu, Key penat gila kot tambah pulak cuaca pun tak panas sangat. Perghh, membuta lah Key sampai kat Rawang baru tersedar dari tidur.

Pergi sana kitorang tak pergi mana-mana pun sebab nanti kalau balik malam bahaya. Key pergi pakai baju kurung, balik Key bukak baju tukar pakai t-shirt dan seluar track. Dekat sana, Key dengan mak saudara Key jadi waitress part time tak bergaji. Tolong ambilkan makanan dekat tok(pangilan untuk nenek Key), ibu,  pakcik dan nenek saudara Key. Ayah saudara Key pulak jadi waiter(bahagian kutip pinggan) full time sampai majlis habis. Kesian dia takde kawan nak berbual-bual dengan dia, yelah dah semua tetamu lelaki yang datang bukannya dia kenal pon. Key tak makan nasik pun, makan kuih-muih jer. Kuih tepung pelita dia, walaweeeh!


Labels: ,