Titisan Senja Episod 3 ..
13 December 2011

Keiko dan Oushita . Yang tengah tu Rie :)


Keiko dan Oushita pergi ke bilik simpanan alatan sukan untuk menyimpan alatan yang digunakan masa berlatih bola sepak .

Keiko : Bersepahnya . Macam mana nak kemas ni ? Mana nak susun benda-benda ni semua ? Macam mana la Oushita boleh kemas bilik ni tiap-tiap hari .

Graa .. *bunyi pintu dibuka*

Kouhei : Hei . Aku perlukan tape . Ada tak ?
Keiko : Ah .. Hmm .. Tape ya ? *mencari-cari di rak* Aduh ! *benda jatuh atas Keiko* Nah . *bagi tape kepada Kouhei*
Kouhei : Kau ni memang kelam kabutlah ! Kan dah jatuh kena hempap . Hehe ! Susun je ni kat mana-mana pun tak apa . Tak payah susun lawa-lawa . Esok lusa mesti diorang sepahkan balik .
Keiko : Ah , okey . Terima kasih sebab bagitahu .
Kouhei : Tapi ada 3 benda penting yang kau kena letak di tempat yang senang nak jumpa . Peti kecemasan , score book dengan .. Tu *tunjuk ke arah patung* si Kikukawa Rei .
Keiko : Err .. Ini ke ? *Menolak patung itu ke tepi sikit*
Kouhei : Ya . Itu pemain simpanan utama kita . Bila hampir nak kalah , kami masukkan dia 5 minit sebelum perlawanan tamat . Pihak lawan akan keliru . Paling kurang pun hilang fokus . Masa tu la kami ambil peluang untuk menyerang . Setakat 5 minit , pengadil pun tak perasan .
Keiko : Err . Ye ke ? (bermonolog sendirian) Memang tak senonoh betul mereka ni .
Kapten: Kouhei ! Kouhei ! *jerit memanggil Kouhei*
Kouhei : Alamak ! Kapten dah panggillah . Kita sambung nanti ya . Kalau ada pertanyaan atau apa-apa lagi yang nak tahu , tanya aku . Jumpa lagi !

Diluar bilik simpanan alatan sukan ...

Kapten : Lamanya kau !
Kouhei : Alah kapten ni . Sunyi ke duduk sorang-sorang ?
Kapten : *tendang Kouhei*
Kouhei : Adoi ! Kena tendang lagi .
Keiko : *terlihat mereka diluar* Haha !

Keiko P.OV
Pasti aku tersalah nampak tempoh hari . Ia bukan air mata . Dia takkan menangis . Aku yakin dia tidak pernah bersedih sebab dia nampak begitu ceria . Dia seolah-olah sentiasa gembira .

Kebesokkkannya selepas tamat waktu persekolahan ..

Rie : Tak nak balik ke Keiko ?
Keiko : Kejap lagi . Aku nak pergi bilik bacaan dulu . (bermonolog sendirian sambil berjalan) Aku patut baca peraturan permainan ni . Tambah pengetahuan sikit . Taklah keliru nanti . Apa kata aku pergi bilik simpanan alatan sukan . Mungkin ada buku pasal bola sepak . *ternampak Kouhei* Kouhei ?
Kouhei : Terkejutnya aku !
Keiko : Kau tercederakah ?
Kouhei : Taklah . Bengkak sikit je . Macam terseliuh .
Keiko : Err .. Bengkak ? Sebab kena langgar dengan basikal aku hari tu ke ?
Kouhei : Tak adalah . Lupakan saja perkara tu .
Keiko : Ya . Ni mesti sebab kena basikal aku hari tu . Tapi kenapa kau masih berlatih ? Bukan ke nanti akan memburrukkan lagi keadaan ?
Kouhei : Aku tahu . Tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk berehat . Jurulatih masih belum pilih pemain pasukan untuk tahun ni . Kalau aku berlatih dan tunjukkan kesungguhan , aku mungkin terpilih . Persaingan sengit kali ni , sebab pelajar Tingkatan 1 dasyat-dasyat . Aku tak nak ahli lain tahu pasal ni . Lagipun hari tu banyak buat turn dash , tu yang sakit kot .

Keiko P.OV
Tak sangka , dia juga ada masa seriusnya ..

to be continue ..

Labels: