Superb Indian Movie
27 October 2011

Harini nak cite sikit pasal cerita Indian . Nope , Bollywood story . #Supergempakgilermenariktertarik ! Haha ! :D It about a man who is given name Lovely Singh (Salman Khan) . Dont laugh :P Dia ni amat menghormati Tuan Sartaj sebab Tuan Sartaj ni pernah selamat kan nyawa Lovely . Masa tu mak Lovely mengandungkan Lovely . So dia rasa terhutang budi la dengan Tuan Sartaj . Kebetulan pulak dulu ayah Lovely ni bekerja sbg Bodyguard keluarga Tuan Sartaj . So Lovely ni di upah untuk menjaga keselamatan anak Tuan Sartaj , Divya (Kareena Kapoor) .

Divya ni macam tak suka la bila ade bodyguard dan dia di paksa untuk bersenam setiap awal pagi . Untuk menghilangkan tumpuan Lovely menjaga dan mengajar Divya dan Maya (kawan Kareena Kapoor) , Divya membuat satu hubungan percintaan palsu dalam telefon sebagai Chayya . Tetapi lama kelamaan Divya jatuh cinta terhadap Lovely . And then sampai la satu saat tu , Divya bercakap dengan Lovely sebagai Chayya menyuruh Lovely untuk tunggu di station kereta api yang tak mungkin Lovely pergi kerana terpaksa menghantar Divya dalam masa yg sama .

Malang nya , pembantu rumah nya , Savita , tersalah anggap bahawa Lovely ingin melarikan Divya lalu memberitahu kepada Tuan Sartaj . Pada masa yg sama , Divya dan Lovely ingin bertolak tetapi gangster-gangster yg ingin membunuh Divya telah sampai . Lovely berjaya mematah kan serangan mereka . Lepas kejadian itu , Tuan Sartaj datang ke tempat itu dan menuduh Lovely ingin melarikan anak dia . Tetapi Divya menjelas kan yg sebenarnya orang yg dicintai Lovely menunggu nya di station kereta api . Lalu Tuan Sartaj melepaskan dia tetapi masih tidak percaya bahawa Lovely bercakap benar . Tuan Sartaj mengarah kan orang nya utk membuktikan ada perempuan yg ingin menjumpai Lovely . Kalau tidak , Lovely akan ditembak . Divya yg mengetahui perkara itu menyuruh Maya untuk pergi ke station kereta api dan memberitahu segala-segala nya .

Tetapi Maya telah mengkhianati kepercayaan Divya dengan mengaku kepada Lovely bahawa dia ialah Chayya . Setelah itu Maya berkahwin dengan Lovely dan ,endapat seorang anak . Tetapi Maya meninggal dunia kerana menghidap satu penyakit . Setelah beberapa tahun , Lovely dan anak dia pulang ke rumah Tuan Sartaj kerana Tuan Sartaj ingin menyumpai nya . Lovely menyangka bahawa Divya sudah berkahwin dengan seorang lelaki di London tetapi itu tidak benar . Pada hari Lovely ingin pulang , anak nya yg bernama Sartaj mahu Divya ikut bersamanya pulang sebagai emak nya kerana Sartaj tahu segala-gala nya kerana dia membaca buku diari ibunya , Maya .

Setelah itu , mereka pun berkahwin . Sartaj membuang diari itu kerana tidak mahu ibu nya dibenci oleh ayah nya . Tetapi Lovely telah mengambil nya semula di dalam tong sampah . Dan dia mengetahui segal-gala nya . Dia berasa sgt sediihhhhhhh ~~~


Sedih kot cerita dia . Tambah-tambah lagi dengan soundtrack yg sedih . Penat jari menaip ! :(