Kecantikan Sejati Bukan Di Wajah
7 March 2011
"Boleh saya melihat anak saya?" pinta seorang ibu yang baru
melahirkan seorang anak dengan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu
berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut yang menutupi wajah bayi
lelaki yang comel itu.
Ibu itu menahan nafasnya. Doktor yang menunggunya segera berbalik
memandang ke arah luar jendela rumah sakit tidak sampai hati menatapi
wajah ibu tersebut.
Bayi itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga.
Waktu berlalu dan kini bayi tersebut telah menjadi seorang anak yang
boleh berkativiti dengan sempurna, cuma penampilannya saja yang tampak
aneh dan buruk.
Suatu hari anak tersebut bergegas pulang ke rumah terus membenamkan
wajahnya di pelukan ibunya yang menangis. Ia tahu hidup anaknya penuh
dengan kekecewaan dan tragedi. Sambil teresak-esak anak lelaki itu
mengatakan yang dia diejek oleh orang dewasa dan dikatakan anak ini
adalah makhluk aneh.
Di sekolah anak tersebut disukai oleh rakan-rakan sekolah. Anak
tersebut membesar tampan dengan kecacatannya. Dia berbakat dalam bidang
muzik dan penulisan.
"Ibu,saya ingin menjadi ketua kelas."
Ibu hanya mendiamkan diri, tapi di dalam hati ibu merasa kasihan dengan anaknya.
Suatu hari si Ayah terus berjumpa dengan seorang doktor yang boleh melekatkan telinga untuk anaknya.
"Saya percaya saya boleh memindahkan sepasang telinga untuknya, tetapi harus ada orang yang tampil untuk menderma".
Beberapa bulan kemudian si ayah memanggil anaknya sambil berkata,
"Nak, seorang yang tak ingin dikenali telah bersedia mendermakan
telinganya padamu. Kami harus segera mengirim kamu ke hospital untuk
menjalani pembedahan tetapi jangan ditanya siapa yang menderma."
Pembedahan dilakukan dengan berjaya dan kini telah lahir seorang
lelaki yang mempunyai cukup sifat. Bakat muziknya yang hebat menjadikan
ia terkenal dan menerima banyak penghargaan dari sekolahnya.
Masa berlalu dan dia pun berkahwin dan bekerja sebagai seorang yang
berpangkat besar. Terdetik di hatinya tentang masa-masa silam lalu
menghampiri ayahnya.
"Ayah, saya hendak mengetahui siapa yang telah mengorbankan ini
semua pada saya, ayah. Ia telah membuat sesuatu yang amat besar dan
ingin sekali saya membalas budinya."
Ayahnya menjawab, "Ayah yakin kau tidak boleh membalas kebaikan hati orang yang telah memberikan telinga itu."
Setelah terdiam sesaat ayahnya melanjutkan kata-kata, "Ayah tidak dapat membuka rahsia ini sebelum tiba saatnya."
Tahun berganti tahun ayahnya tetap menyimpan rahsia. Hinggalah pada
suatu hari tibalah saat yang menyedihkan bagi keluarga itu. Di hari itu
ayah dan lelaki itu berdiri ditepi jenazah ibunya yang baru saja
meninggal dunia. Dengan perlahan dan penuh syahdu si ayah membelai
rambut isterinya yang terbujur kaku sambil menyelak rambut sehinggalah
tampak bahawa si ibu tidak mempunyai telinga.
Sambil menangis si ayah berkata, "Ibumu sangat suka menyimpan rambut
yang panjang dan tak seorang menyedari bahawa ia telah hilang sedikit
kecantikkannya."
Kecantikkan yang sejati tidak terletak pada penampilan tubuh tapi di
dalam hati. Harta karun yang hakiki tidak terletak pada zahirnya,
namun pada apa yang tidak dapat dilihat. Kasih sejati tidak terletak
pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang
dikerjakan dan tidak diketahui.
-
Artikel iluvislam.com