Merepek pagi-pagi ni.
15 March 2012

Assalamualaikum , today I'm suppose to go school for the KP's training . But my mum still unhealthy and kaki Key masih lagi sakit . Huhuhu , tak dapat nak jumpa akak senior Key . Rindu kuuuut , dah janji ngan dia nak datang tapi takleh gi . Jumaat baru leh gi , tu pun Key taktau akak senior pergi atau tak . Tsk tsk *buanghingus* , shreeeeet shreeeet .


Okeeeng , homework belum siap lagi . Kerja kursus semua belum disentuh lagi , cikgu pun satu dah tahu tahun ni Key ada PMR takyah lah buat kerja kursus bagai nih . Bila nak ulangkaji kalau sibuk buat kerja kursus , belajar bab form3 lagi la . Haish , manyak tenseeeen oo . BTW , jadual waktu kelas Key dah tiga kali bertukar . Key pun tak tahu wae 3 kali , 2 pun cukup dah tu kan ? 

Talk about timetable , teringat kes KHB . Hmm , takpenah penah Key sekolah ada satu subjek ambil 3 masa sekaligus . Hoho , kira cam nak dekat 2 jam kut . Ini semua pasal batch budak-budak yang tak ambil PMR nanti . Yelah diorang kenalah siapkan kerja kayu , elekrtik and whaetever it is dalam masa satu hari . Tapi okeh jugak jadual tu , kalau tak cikgu KHB Key suka mengajar terlebih masa . Sampai ambil masa subjek lain . Taktahu la dah 3 masa nih , dia nak ambil jugak masa subjek lain memang takpatut ah . 


Korean , siapa minat korean boy ? Harhar , walaupun ada yang minat-minat , ada jugak yang anti-Korea . Sampai memaki hamun or kutuk-kutuk . Come on mate , kita ada personaliti dan minat masing-masing . So I think tak salah nak minat-minat nih asalkan jangan terlampau obses sudaaaah . Act , orang yang minat Korea macam Key ni sebab Key lagi suka lelaki yang jauh dari Key .

Taklah menyakitkan hati sangat sebab kita tahu karier dia sebagai penyanyi dan of course la ramai perempuan yang minat dekat dia , kan ? Lagi pun , mereka-mereka ni cute , handsome apa . Harhar , k k syaitan dah nak goda-goda Key ni . Atleast , they said they love all of their fan . So I know they love me *ptuih kirikanan* #menyampah , hehe .


Harhar , agak-agak kan nanti Key dah besar panjaaaaaaaang masih setiakah mereka-mereka nih di hati Key ? Insyallah , Key takkan lupakan diorang . Tapi waktu tu diorang dah tua , maybe ada yang dah kahwin . Hissssh , jealous jealous #takpatut takpatut . Harap-harap Key dapat kumpulkan album , keychain or anything about them sebanyak mungkin . Walaupun sekarang ni Key hanya boleh simpan gambar and lagu je . Huhuhuhu , tsk tskk bila la Key nak beli album diorang kan ? Okeh , got to go right now . Badan busuk busuk dok menaip untuk korang . Jealous dengan budak perempuan bawah nih . Ishk ishk , kalau lah aku tuh . Haram haram ! Harharhar , k bye .